Syarat utama Persetiaan_Versailles

Fail:WilsonVersailles.jpgWoodrow Wilson dengan Pesuruhjaya-pesuruhjaya Amerika

Perjanjian Versailles merupakan perjanjian yang paling komprehensif yangmana sebahagian kuasa besar telah bersetuju untuk menghukum Jerman dan negara lain yang tewas dalam Perang Dunia I. Antara syarat dan terma yang utama ialah:

  1. Penyerahan kesemua tanah jajahan atau koloni Jerman sebagaimana yang dimandatkan oleh Liga Bangsa (League of Nations):
  2. Wilayah Alsace-Lorraine dipulangkan kepada Perancis;
  3. Penyerahan Eupen-Malmedy kepada Belgium, Memel kepada Lithuania, daerah Hultschin kepada Czechoslovakia,
  4. Poznania iaitu sebahagian Prusia Timur dan Upper Silesia diserah kepada Poland;
  5. Danzig dijadikan bandar yang bebas;
  6. Plebiscites (sejenis pungutan suara) diadakan di sebelah utara Schleswig untuk menyelesaikan isu sempadan Denmark-Jerman;
  7. Pendudukan dan status istimewa bagi wilayah Saar di bawah kawalan Perancis;
  8. Pendudukan Rhineland yang dijadikan kawasan bebas tentera selama lima belas tahun ;
  9. Jerman membayar hutang perang sebanyak £6,600 juta;
  10. Pengharaman terhadap penggabungan Jerman dan Austria;
  11. Menerima pengakuan kesalahan Jerman kerana menyebabkan Perang Dunia I;
  12. Provisi untuk perbicaraan bekas Kaiser dan pemimpin perang yang lain;
  13. Tentera Jerman terbatas kepada 100,000 orang tanpa tentera kerahan, kereta kebal, artileri berat, bekalan gas beracun, kapal terbang dan kapal udara;
  14. Tentera Laut Jerman hanya boleh memiliki kapal di bawah sesaran 10,000 tan untuk "kapal berperisai", dan tidak boleh memiliki kapal selam;

Perjanjian Versailles merupakan satu tamparan yang cukup hebat kepada rakyat Jerman yang bangga akan kegemilangan mereka yang lampau.